Sunday, October 30, 2016

Keistimewaan Homestay di Parit Raja

Homestay Parit Raja
Oleh: Mohamad Nazri Bin Samin dan Suriayana Binti Samsudin



Sejarah Parit Raja – Menurut sejarah menyatakan bahawa telah datang seorang Raja untuk berhenti meminta air minuman disitu. Kemungkinan dari peristiwa itu tempat tersebut dinamakan sebagai Parit Raja. Parit Raja mempunyai kawasan jajahan melingkungi Kampung Seri Menanti hingga Kampung Tadah Utara di pinggir Kuala Sungai Muar. Dahulunya Parit Raja dikenali sebagai Padang. Banyak peristiwa sejarah yang berlaku antaranya Perang Parang Panjang dan Lembing Awang Pulang ke Dagang.


Keistimewaan Parit Raja – Parit Raya mempunyai keistimewaan dalam kedudukan lokasinya iaitu diantara dua bandar Batu Pahat dan Ayer Hitam. Parit Raja adalah dalam proses transformasi pembangunan ekonomi dan perlancongan. Antara faktor penyebab tarikan kepada keistimewaan Homestay di Parit Raja adalah:
  1. Dekat dengan UTHM (Universiti Tun Hussien Onn). Setiap tahun mesti ada pendaftaran pelajar dan majlis konvokesyen, jadinya ini adalah peluang kepada sesiapa yang ada asset atau rumah untuk dijadikan Homestay.
  2. Lokasi hampir dengan bandar Batu Pahat, dimana Batu Pahat secara maklumnya adalah antara bandar yang mempunyai kepadatan penduduk mengikut perangkaan tahun 2008.
  3. Gudang kerepek atau makanan ringan yang terbesar di Kerepek MK Berkat Parit Raja. Pelbagai jenis kerepek dengan harga yang murah boleh didapati di sana.
  4. Lokasi hampir dengan Ayer Hitam, dimana banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati seperti Taman Botani, Taman Organik, Tropical Village dan lain-lain.
  5. Perkara lain yang menarik di Ayer Hitam iaitu di Claytan factory dan Kilang tembikar. Disitu anda boleh dapatkan set pinggan mangkuk yang diperbuat terus daripada kilang.
Tempat Menarik Sekitar Homestay – Beberapa tempat menarik tambahan boleh didapati dari website HomeStayParitRaja yang saya kongsikan disini.

Tips memulakan bisnes Homestay – Maklumat yang boleh dikongsikan bersama iaitu dari website Siti Masrina Sulong

Tips Untuk Memajukan Bisnes Homestay

Homestay Parit Raja
Oleh: Mohamad Nazri Bin Samin dan Suriayana Binti Samsudin


1. Memberikan kemudahan yang selesa kepada pengunjung:
contohnya ada Aircon, Kipas, TV, Astro, Peralatan dapur dan lain-lain.

2. Menyediakan tempat riadah bersama keluarga:
contohnya taman bunga, kawasan khas melepak, tapak BBQ, kolam mandi dan sebagainya.

3. Kenal pasti lokasi yang boleh memberi tarikan kepada pengunjung:
contohnya dekat dengan bandar atau kawasan menarik yang berhampiran.

4. Kawasan Homestay mestilah berkeadaan bersih::
contohnya tukar cadar dan sarung bantal setiap kali pelawat baru masuk.

5. Menyediakan sarapan pagi bagi menjaga hati tetamu.
contohnya Tempahan disertakan dengan sarapan atau khidmat percuma supaya tetamu lebih rasa dihargai.

6. Memberi layanan baik dengan bersikap ramah dan sentiasa membantu:
contohnya Tetamu yang datang kebiasaannya daripada luar kawasan, kemungkinan mereka perlukan bantuan dari segi lokasi dan sebagainya

7. Tema rumah yang bersesuaian:
contohnya menginspirasikan keadaan rumah kepada konsep rumah kampung, contemporary, English country, classic dan sebagainya bagi memberikan keselesaan dan ketenangan kepada tetamu.

8. Promosi harga murah:
contohnya Harga istimewa untuk beberapa hari penginapan, special rate untuk musim cuti sekolah, menawarkan best price untuk hari atau musim tertentu.

9. Pengiklanan Homestay atau hebahan:
contohnya Pengiklanan melalui online (media sosial:facebook, twitter, website booking), banner, flyers, advertising di surat khabar dan sebagainya. Anda juga boleh menggunakan blog atau website bagi kaedah pengiklanan.