Sunday, October 30, 2016

Keistimewaan Homestay di Parit Raja

Homestay Parit Raja
Oleh: Mohamad Nazri Bin Samin dan Suriayana Binti Samsudin



Sejarah Parit Raja – Menurut sejarah menyatakan bahawa telah datang seorang Raja untuk berhenti meminta air minuman disitu. Kemungkinan dari peristiwa itu tempat tersebut dinamakan sebagai Parit Raja. Parit Raja mempunyai kawasan jajahan melingkungi Kampung Seri Menanti hingga Kampung Tadah Utara di pinggir Kuala Sungai Muar. Dahulunya Parit Raja dikenali sebagai Padang. Banyak peristiwa sejarah yang berlaku antaranya Perang Parang Panjang dan Lembing Awang Pulang ke Dagang.


Keistimewaan Parit Raja – Parit Raya mempunyai keistimewaan dalam kedudukan lokasinya iaitu diantara dua bandar Batu Pahat dan Ayer Hitam. Parit Raja adalah dalam proses transformasi pembangunan ekonomi dan perlancongan. Antara faktor penyebab tarikan kepada keistimewaan Homestay di Parit Raja adalah:
  1. Dekat dengan UTHM (Universiti Tun Hussien Onn). Setiap tahun mesti ada pendaftaran pelajar dan majlis konvokesyen, jadinya ini adalah peluang kepada sesiapa yang ada asset atau rumah untuk dijadikan Homestay.
  2. Lokasi hampir dengan bandar Batu Pahat, dimana Batu Pahat secara maklumnya adalah antara bandar yang mempunyai kepadatan penduduk mengikut perangkaan tahun 2008.
  3. Gudang kerepek atau makanan ringan yang terbesar di Kerepek MK Berkat Parit Raja. Pelbagai jenis kerepek dengan harga yang murah boleh didapati di sana.
  4. Lokasi hampir dengan Ayer Hitam, dimana banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati seperti Taman Botani, Taman Organik, Tropical Village dan lain-lain.
  5. Perkara lain yang menarik di Ayer Hitam iaitu di Claytan factory dan Kilang tembikar. Disitu anda boleh dapatkan set pinggan mangkuk yang diperbuat terus daripada kilang.
Tempat Menarik Sekitar Homestay – Beberapa tempat menarik tambahan boleh didapati dari website HomeStayParitRaja yang saya kongsikan disini.

Tips memulakan bisnes Homestay – Maklumat yang boleh dikongsikan bersama iaitu dari website Siti Masrina Sulong

No comments:

Post a Comment